Tamadun China berorientasikan humanisme (manusia dianggap mempunyai kedudukan yang unggul dan memainkan peranan penting dalam alam semesta)
-Sifat khas dan nilai-nialinya:-
  • transendensi dalaman
  • sifat sekular
  • moralisme sebagai ideologi
  • personalisme
  • hubungan manusia dengan alam semesta
  • institusi keluarga dan pendidikan sert keharmonian
- Sistem etika Konfusianisme berasaskan pada keluarga yang merupakan institusi sosial yang terulung dalam tamadun China.
- Pendidikan yang bertradisi panjang diberi penghargaan yang tinggi.
- Golongan birokrat dan cendekiawan merupakan kelas sosial yang tertinggi. Jadi, ibu bapa sedaya-upaya berusaha untuk membiayai anak-anak kerana pelajaran merupakan satu-satunya saluran mobiliti sosial dalam masyarakat Cina tradisional.
- Keharmonian dianggap sebagai suatu nilai yang bersesuaian dengan humanisme dan moralisme.